Laman Utama Artis Kerabat Britain Meriahkan Malam Gala Filem Baru James Bond

Kerabat Britain Meriahkan Malam Gala Filem Baru James Bond

    1217

    DUKE dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton serta Putera Harry di antara tetamu yang hadir memeriahkan Tayangan Gala filem terbaharu James Bond, Spectre yang diadakan di Royal Albert Hall, London, semalam.

    Selain tetamu VIP itu, antara selebriti yang hadir memeriahkan tayangan perdana itu ialah pelakon Spectre sendiri iaitu Daniel Craig, Lea Seydoux dan Monica Bellucci.

    William, Kate dan Harry sempat beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem itu, Sam Mendes.

    Selain itu, penyanyi lagu tema Spectre yang berjudul Writing’s on the Wall, Sam Smith turut hadir bagi memberikan sokongannya terhadap naskhah terbaharu Agent 007 itu.

    Spectre bakal ditayangkan di Malaysia pada 6 November ini. – MYNEWSHUB.CC

    1

    2

    3

    4

    Komen