Bukan Berita Online Biasa

jakim

Mansuh JAKIM: PDSSMM Selar Kenyataan Tawfik Tun Ismail

in Terkini

PERTUBUHAN Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (PDSSMM) menyelar kenyataan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tawfik Tun Dr. Ismail yang menyarankan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan.

Menurut Naib Pengerusinya, Roslan Mustafa, kenyataan yang dikeluarkan Tawfik menerusi sebuah portal tempatan adalah jauh tersasar daripada ajaran agama Islam mahupun Perlembagaan Malaysia apatah lagi dalam peradaban Bangsa Melayu yang penuh kesopanan dan kesusilaan.

“Kewujudan JAKIM sebenarnya adalah sangat signifikan dalam menyelaras apa sahaja yang merangkumi hal ehwal serta kepentingan agama Islam dan penganutnya.

“Perkara ini sangat selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai antara sebuah negara Islam yang berRaja malah terkehadapan dalam mengaplikasikan kesyumulan dan keindahan ajaran Islam dalam pentadbiran negara,” katanya memetik kenyataan akhbar PDSSMM.

Tawfik sebelum ini mengatakan hujahnya bahawa JAKIM perlu dimansuhkan kerana pertubuhan itu hanya campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.

Dalam kenyataannya itu, Tawfik turut menyebut, di awal kemerdekaan dahulu menteri-menteri bebas untuk minum wiski tanpa dipertikai oleh masyarakat terdahalu.

Sehubungan itu, PDSSMM melihat kenyataan Tawfik ini tidak lain tidak bukan sebagai satu rentetan gerakan liberal yang gagal memahami aspirasi kerajaan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesempurnaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam model yang maju dan berpendapatan tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Go to Top