Bukan Berita Online Biasa

1

Hebat! Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy !

in Gaya Hidup/Hangat/Utama & Sensasi

JIKA ditanya siapa layak jadi pendorong dan inspirasi untuk mengecapi cita-cita dan menggapai bintang kejayaan di langit, inilah wanita yang layak dijadikan idola dan inspirasi buat semua!

Dalam usia 25 tahun, ada segelintir individu masih leka dengan permainan dunia dan tercari-cari tujuan hidup sebenar, namun buat wanita bernama Nadia Mohd. Effendy ini, beliau sudah berjaya menggenggam gelaran kedoktoran (PhD) dalam bidang Pharmacology.

Screen-Shot-2015-09-08-at-12.57.53-PM

Memang menginspirasikan, beliau telah membuktikan bahawa tiada perkara mustahil di dalam dunia ini.

Jika niat yang berada di paksi yang betul digabungkan dengan usaha yang keras, kejayaan pasti akan dimiliki.

Nadia yang kini seorang pensyarah dan pengkaji di sebuah universiti tempatan ini juga masih memasang cita-cita untuk menyambung belajar dalam kedoktoran bidang Fisiologi jika berpeluang.

2

Nampak tak betapa positif dan bersungguh-sungguhnya beliau untuk meraih kejayaan yang lebih lagi?

Kepada adik-adik yang masih besekolah dan menuntut di institut pengajian tinggi, jadikanlah wanita ini sebagai contoh.

Jangan asyik sibuk mahu kejar semua relationship goals yang belum tentu itu. Cerita pasal relationship goals, wanita ini juga boleh dijadikan contoh.

Ya.. Nadia juga sudah mendirikan rumah tangga dan tidak lagi available buat jejaka di luar sana!

Screen-Shot-2015-09-08-at-1.05.34-PM

Jadi, sama-samalah kita jadikan kisah hidup Nadia ini sebagai dorongan dan inspirasi untuk maju ke hadapan.

Percaya pada takdir tuhan, kejayaan dalam hidup itu akan hadir bersama-sama kebahagian dalam hidup. Ini baru goals dalam hidup! – MYNEWSHUB.CC

Screen-Shot-2015-09-08-at-1.06.46-PM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top