Laman Utama Hangat Haramkan Orang Islam Ke Salonnya, Pemilik Salon Ditangkap

Haramkan Orang Islam Ke Salonnya, Pemilik Salon Ditangkap

814

INILAH muka pemilik salon kecantikan yang begitu rasis hinggakan dia mengharamkan semua orang Islam daripada mengunjungi kedainya di Oxfordshire.

April Major, 43, merupakan pemilik of Blinks of Bicester dan dia memuatnaik status bersifat perjudis itu di dalam laman Facebooknya.

“ Blinks of Bicester tidak lagi menerima tempahan daripada orang Islam, sama ada anda penduduk UK dengan pasport atau tidak.

“Maaf, tetapi keutamaan adalah negara saya,’’ demikian tulisnya dalam Facebook hingga menyebabkan dia menerima kecaman ramai kerana bersikap tidak munasabah terhadap orang Islam.

April mengambil tindakan itu susulan serangan di Paris hingga mengorbankan lebih 100 orang.

Selain kecaman, sindiran turut dilemparkan kepada April oleh pengguna media sosial termasuk: Anda boleh meletakkan bulu mata palsu pada kejahilan tetapi ia tidak boleh dididik. Banyak yang perlu kau pelajari…. rasis dan jahil.

Ada juga yang merujuk April sebagai pemilik perniagaan yang menjijikkan.

Selepas menerima laporan daripada orang ramai, polis akhirnya bertindak dan dia telah ditahan. – Mynewshub.cc

Komen