Laman Utama Terkini 97 Penumpang Selamat Selepas Feri Terlanggar Objek Terapung

97 Penumpang Selamat Selepas Feri Terlanggar Objek Terapung

232

SINGAPURA – Seramai 97 penumpang feri ‘Sea Prince’ diselamatkan selepas feri berkenaan terlanggar objek terapung dan terkandas ketika dalam perjalanan dari Batam, Indonesia menuju ke Singapura semalam.

Jurucakap Penguasa Maritin dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu yang berlaku pukul 9.45 malam, melibatkan feri berdaftar di Indonesia yang terlanggar objek terapung selepas meninggalkan terminal feri Nongsapura, Batam.

Feri yang membawa 51 penumpang warga Singapura dan tujuh kru itu dilaporkan berada di perairan Indonesia sewaktu insiden berlaku.

Jurucakap MPA memaklumkan bahawa sejurus menerima laporan, pengusaha feri itu menghantar dua feri untuk membawa penumpang terlibat ke terminal feri Nongsapura.

Kesemua penumpang yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil. – BERNAMA