Bukan Berita Online Biasa

MG_2395

Nas-T Dah Nak Kahwin, Pilih Model Busana Muslimah?

in Artis

PELAKON Nas-T sebelum ini mengakui bahawa dia sedang selesa berkawan dengan Atita Haris, seorang model busana muslimah.

Atita juga sering berkongsi gambarnya dan anak bersama Nas-T di akaun Instagram sekaligus bagai mengiyakan khabar bahawa mereka sedang bercinta.

“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang,” demikian komen Nas-T yang ternyata tidak menafikan jika mereka adalah pasangan kekasih.

“Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” kata Nas-T lagi, dalam satu temubual bersama Mangga Online.

Atita Haris dan anaknya Opi, yang popular di Instagram.
Atita Haris dan anaknya Opi, yang popular di Instagram.

Bagi yang tak tahu, Atita merupakan bekas adik ipar penyanyi Fynn Jamal dan boleh digelar selebriti Instagram sejak lama dahulu malah anak perempuannya Opi, mempunyai ramai peminat di laman sosial bergambar tersebut.

Baru-baru ini, Nas-T dikatakan dilihat pula menghadiri kursus kahwin. Sama ada itu petanda hubungannya dengan Atitah sudah hampir ke jinjang pelamin, sama-sama kita nantikan.  – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Bb2UYZc5DFk]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Artis

Go to Top