Bukan Berita Online Biasa

Remaja lelaki berusia 16 tahun (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret (juvana) di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lepas.  - Foto BERNAMA

Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Rogol Gadis Di Klang Pada 2014

in Jenayah/Terkini

KLANG – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret (Juvana) di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lepas.

Pemuda berusia 16 tahun itu dan tidak bersekolah sejak April tahun lepas, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Terdahulu, remaja lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan kali pertama namun, dia serta ibu bapanya yang kelihatan keliru dengan pertuduhan itu, diperintah berbincang semasa mahkamah menangguhkan prosiding sebentar.

Semalam, dia dihadapkan di mahkamah sama atas tuduhan itu namun tidak direkodkan pengakuannya berikutan penjaganya yang sah tidak hadir semasa pendakwaan kes dijalankan, menyebabkan kes itu disebut semula hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol gadis itu di Bandar Sultan Suleiman kira-kira 12 tengah hari sekitar
Disember 2014, yang ketika itu remaja perempuan berkenaan berumur 13 tahun enam bulan.

Remaja lelaki, itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali mewakili pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM1,000 dengan dua penjamin, iaitu ibu dan bapa remaja lelaki itu yang masing-masing pekerja kilang dan buruh.

Nor Asma turut mengarahkan remaja lelaki itu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu dan menetapkan Khamis depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan laporan akhlak tertuduh.

Semalam, remaja perempuan yang berumur 15 tahun itu, mengaku bersalahterhadap pertuduhan memberi maklumat palsu mengenai kehilangannya di mahkamah sama, dengan mereka-reka cerita kononnya dirinya diculik dua lelaki di Bandar Sultan Suleiman di sini minggu lepas.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]44gs4fDF8mY[/wpdevart_youtube]

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Jenayah

Go to Top