Bukan Berita Online Biasa

GAMBAR HIASAN

2 Lelaki Ditahan Larikan Remaja Perempuan Di Cheras

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bertindak melarikan seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di Cheras semalam ditahan polis selepas kira-kira lapan jam melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun melarikan mangsa yang berusia 16 tahun menggunakan sebuah kereta ketika remaja berkenaan keluar dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek ditahan di sebuah bank di Taman Maluri di sini pada pukul 7.50 malam hari yang sama bersama mangsa.

“Kita berjaya mengesan kereta suspek hasil daripada risikan serta bantuan ibu mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan di sebelah kanan mata selain suspek turut mengugut untuk membunuh mangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata siasatan awal mendapati mangsa merupakan bekas teman wanita kepada salah seorang suspek.

“Suspek mengenali mangsa sejak 2014 dan berpisah Disember tahun lepas atas halangan keluarga.

“Mereka juga telah beberapa kali melakukan hubungan intim sepanjang perkenalan itu,” katanya.

Menurutnya suspek bertindak demikian kerana cemburu berikutan mangsa mempunyai teman lelaki baru.

Mohamad Roy berkata suspek direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya di tempat letak kereta di Jalan Ampang di sini, kira-kira 4 petang Isnin lepas.

“Suspek meminta mangsa yang berusia 18 tahun itu untuk membayar 20 keping gambar bogelnya dengan harga RM200 sekeping,” katanya.

Mohamad Roy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1zjJwNCfVyY[/wpdevart_youtube]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Jenayah

Go to Top