Bukan Berita Online Biasa

FFM4_0901_620_451_100

Isu Pelajar Kebulur: Tiada Seorang Pun Mohon Bantuan – Pensyarah

in Hangat

SEJAK kebelakangan ini, isu mengenai mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu kebuluran dan tidak cukup makan ekoran kesempitan wang menjadi topik paling hangat diperkatakan baik menerusi laman sosial mahupun media arus perdana.

Permasalahan ini lantas membuatkan masyarakat tanpa usul periksa bertindak menuding jari sekali gus menyalahkan kerajaan dan pihak pengurusan universiti kerana tidak menjaga kebajikan mahasiswa sebaiknya.

Hal itu membuatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof tampil menerusi laman Facebook untuk menjelaskan perkara sebenar yang tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak selama ini.

Menurut Rohana yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan UM, sehingga ke hari ini pihaknya langsung tidak menerima sebarang aduan ataupun mahasiswa tampil ke hadapan untuk memohon bantuan sara hidup ekoran kesempitan kewangan diri.

20160114005426

“Semenjak tercetusnya cerita pelajar ‘lapar’ di media sosial saya masih ternanti-nanti pelajar yang memerlukan ini untuk tampil di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk memohon bantuan. Sehingga kini tidak ada sorang pun datang.

“Saya buat perjumpaan dengan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (YDP PMIUM) yang giat memohon bantuan di media sosial, konon ramai pelajar lapar dan juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (YDP MPPUM) dan Sekretariat¬†Pelajar Kolej (SPK) dan meminta senarai nama pelajar lapar. Sampai sekarang satu nama pun belum saya terima,” tulisnya.

Sementara itu, wanita ini turut berharap agar isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi.

“Apa dah jadi pada kita??? Menteri dan pengurusan Universiti dicemuh kerana tidak menjaga kebajikan pelajar tetapi ‘pelajar lapar’ ni sebenarnya siapa?

Please be a ‘thinking person’. Allah beri kita akal untuk berfikir dan lengkap semua deria, bersyukurlah dan guna apa yang Allah beri dengan yang terbaik dan janganlah sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan untuk diperbesarkan. Letakkan niat yang baik dalam apa yang kita cakap dan tulis! Sentiasa bersangka baik!!,” ujarnya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat seorang penuntut universiti terkenal mengadu konon dia pernah mengalami usus terkoyak sehingga menyebabkan muntah darah kerana menahan lapar akibat kesempitan wang. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=AJhyC5UYvO0]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Hangat

Go to Top