Bukan Berita Online Biasa

brooklyn

Anak David Beckham Dikritik Siar Gambar Budak Pegang Pistol

in Artis/Hangat

ANAK sulung pasangan popular David dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, 17, dikritik gara-gara tindakannya berkongsi gambar seorang kanak-kanak sedang memegang pistol dalam laman sosial Instagramnya, baru-baru ini.


Kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan gambar yang dimuat naik Brooklyn sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan pengikutnya sebanyak 5.8 juta itu.

pix
Gambar yang dimuat naik Brooklyn mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut Instagram miliknya.

Seorang pengguna malah memberi respons dengan memberi pautan kepada Victoria, dengan berkata: “Sudahkah anda melihat ini, ini adalah bukan satu pilihan gambar yang bagus (untuk pengikut-pengikut anak anda).”

Sementara seorang lagi pengikut Brooklyn, menulis: “David, saya rasa anda harus ‘memberi ceramah’ kepada anak anda lepas ini.”

Imej yang dimuat naik Brooklyn itu dibidik pada tahun 1983 oleh seorang jurugambar profesional, Mary Ellen Mark untuk keluaran majalah Life.

Mary yang meninggal tahun lalu pada usia 75 tahun, mendedikasikan gambar hasil tangkapannya itu untuk kehidupan belia gelandangan di Seattle, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

pixx
Brooklyn merupakan anak sulung David dan Victoria Beckham. Pasangan ini turut mempunyai tiga lagi cahaya mata, Romeo, Cruz dan Harper Seven.

Terkini dari Artis

Go to Top