Go to Appearance > Menu to set "Primary Menu"

Bukan Berita Online Biasa

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem

Bom: Ketua Menteri Sarawak Zahir Simpati

in Terkini by

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada rakyat Indonesia serta keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Jakarta, Khamis lepas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri, Adenan yang mewakili kerajaan negeri dan penduduk Sarawak, berkata sebagai jiran terdekat, rakyat negeri ini berkongsi kesedihan dengan Indonesia dalam saat-saat sedih dan mencabar ini.

“Ingatan dan doa kami adalah bersama rakyat Indonesia,” katanya.

Adenan turut mengutuk perbuatan kejam ke atas mereka yang tidak berdosa itu, dan menambah penduduk Sarawak bersatu dengan rakyat Indonesia untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Beliau turut yakin kerajaan Indonesia akan mengendalikan situasi itu dengan sebaik-baiknya.


Tujuh orang,lima pengganas dan dua orang awam disahkan terkorban dalam insiden tembak menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.

Seramai 13 mangsa turut cedera parah termasuk lima anggota polis. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Latest from Terkini

Go to Top