Bukan Berita Online Biasa

bauksit

Eksklusif: Ada Juga Lori Bauksit Masih Bebas Bergerak?

in Hangat

ALAHAI ketika kerajaan memutuskan semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang dihentikan selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari, nampaknya ada juga pengusaha mineral itu berdegil meneruskan operasi mereka.


Sama ada mereka tidak tahu, terlupa atau memang sengaja mencabar pihak berkuasa, di sebalik kegembiraan penduduk awam khasnya di Kuantan, rupa-rupanya masih ada pengusaha bauksit aktif mengingkari arahan.

Buktinya, MYNEWSHUB menerima gambar-gambar yang dirakamkan secara eksklusif oleh pembaca portal ini menunjukkan terdapat pergerakan lori pengangkut bauksit masih tidak menghentikan kegiatan penghantaran.

Sumber kami memaklumkan, pemandu lori terbabit juga agak licik apabila ‘mengaburi mata’ pihak berkuasa dengan menutup bauksit yang dibawa dan mendakwa kenderaan itu hanya bergerak rahsia pada waktu malam.

bauksit1

bauksit2

bauksit

Pendedahan sumber ini amat memeranjatkan kerana ia membuktikan ada yang tidak kena dengan usaha penguatkuasaan pihak berwajib dalam aspek pemantauan pergerakan kenderaan berat pembawa bauksit ini.

Bayangkanlah ada juga daripada kalangan 11 pemilik pusat stok simpanan bauksit ini berani melanggar undang-undang dan rakaman lori terus bermaharajalela di Felda Bukit Goh dekat Kuantan itu menjadi tanda tanya.

Adakah berlaku kes terlepas pandang atau permainan silap mata ketika pihak kerajaan Pusat bertindak tegas membekukan semua pengeluaran permit kelulusan operasi perlombongan bauksit sejak awal tahun ini lagi?

Nampaknya ada pengusaha lombong ini yang lebih mementingkan keuntungan peribadi dan tidak peduli nasib penduduk yang merana bukan sahaja terdedah kepada pelbagai isu kesihatan, malah ancaman keselamatan diri.

– Mynewshub.cc/HAA

Tags:

Terkini dari Hangat

Go to Top