Go to Appearance > Menu to set "Primary Menu"

Bukan Berita Online Biasa

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Negeri sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Dewan Santapan Istana Anak Bukit hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Kedah Berangkat Hadiri Majlis Jamuan Negeri

in Terkini by

ALOR SETAR – Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat menghadiri majlis jamuan negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-88 keputeraan baginda di sini, malam ini.

Tuanku Abdul Halim yang juga Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ke majlis yang berlangsung di Dewan Santapan, Istana Anak Bukit.

Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu.

Berangkat sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta anggota-anggota jemaah berkenaan.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria.


Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Hattan dan Salwa Abd Rahman. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Bk2DfwMl38Y[/wpdevart_youtube]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Latest from Terkini

Go to Top