Bukan Berita Online Biasa

Penjelajah tunggal negara, Shahrom Abdullah dijulang rakan-rakan atas kejayaannya menamatkan Misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Rentas Kutub Selatan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA

Suhu Terlampau Sejuk, Saya Hampir Putus Asa

in Hangat

SEPANG – Kesukaran bernafas akibat cuaca sejuk melampau hampir membuatkan penjelajah negara Shahrom Abdullah menarik diri daripada meneruskan misi merentas Kutub Selatan.


Shahrom ketika mengimbas detik berkenaan berkata hanya ingatan kepada keluarga dan doa yang tidak henti-henti membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk menempuh cabaran dan dugaan itu.

Beliau berjaya menamatkan misi Ekspedisi Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Rentas Kutub Selatan dalam tempoh 37 hari, lebih cepat daripada jangkaan awal selama 50 hingga 60 hari yang diletakkan.

Keadaan ‘hampir putus nyawa’ terjadi enam hari terakhir ekspedisi ketika berada ketinggian 2,750 meter dengan suhu cecah bawah 27 darjah Celsius sehingga ke tahap dia menyalahkan diri sendiri kerana melakukan misi itu.

“Saya menangis kerana memikirkan jika gagal meneruskan penjelajahan, saya pasti akan menyesal selamanya kerana menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi keluarga,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Jumaat.

Hebat! Anak Melayu Bersantai Di Kutub Selatan Pakai Kain Pelikat

12540856_10207180752590907_3927465885008625159_n

72372_10207180753630933_1874854827159792020_n

“Pada masa itu, hanya doa dan ingatan kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia bantu membakar semangat untuk saya kembali bangkit meneruskan penjelahan,” kata Anak jati Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan itu.

Ketibaan Shahrom pada 6 petang dari Amsterdam, Belanda itu disambut ibunya, Unaizah Mohd. serta anggota keluarga dan Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin.

Shahrom melakar sejarah menjadi anak Malaysia pertama melengkapkan misi dengan berski sejauh 890 kilometer merentas Kutub Selatan dari Messner Inlet pada 9 Disember.

Dia yang berusia 36 tahun itu akhirnya berjaya tiba di titik sifar darjah Kutub Selatan kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia) pada 15 Januari lepas.

Katanya misi itu juga meninggalkan kesan luka di wajahnya apabila cuaca sejuk melampau membuatkan beliau terkena ‘frost bite‘ di muka, namun tidak sedar mengenainya hingga ditegur rakan sepasukan.

Menurut Shahrom jika tidak dikesan awal keadaan itu boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain dan mungkin mendatangkan kemudaratan.

“Ekspedisi ini banyak mengajar saya tentang kesabaran, kerja berpasukan dan kepentingan mengetepikan rasa ego serta perkara remeh-temeh,” katanya.

Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada awal Julai 2015. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]r-ij4jLEqww[/wpdevart_youtube]

Terkini dari Hangat

Go to Top