iphone6size_3020852k

Video: Apple Bakal Keluarkan iPhone Bersaiz Kecil?

in Gadjet/Gaya Hidup/Hangat

Di saat semua pembuat smartphone fokus kepada skrin besar, Apple dilaporkan sedang membangunkan sebuah model iPhone yang hanya bersaiz 4 inci untuk memudahkan pengguna memegangnya.

Dalam satu laporan oleh M.I.C. Gadget, model 4 inci itu menyamai rekabentuk iPhone 6s.

Kemungkinan besar iPhone 4 inci itu mensasarkan kepada pengguna 5s yang masih selesa menggunakan iPhone berskrin kecil seterusnya memberi mereka sebab untuk upgrade iPhone mereka.

1411401789554
iPhone 5S

Tidak banyak maklumat yang diketahui buat masa ini, namun ura-ura mengatakan model ini diberi nama ‘5se’.

Dengan acara Apple pada Mac nanti tinggal lagi sebulan, kita dapat melihat lebih banyak maklumat tentang iPhone 5se.


Selain itu, Apple juga dikhabarkan akan memperkenal Apple Watch baru pada acara tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=p8la5yjlPcs]