Bukan Berita Online Biasa

sara2.2

“Toleh Saja Ke Belakang, Adam Dah Dibawa Lari”

in Hangat/Jenayah

SEJAK akhir-akhir ini laman sosial sering menyajikan kisah kurang enak yang agak membimbangkan ibu bapa iaitu kes culik melibatkan kanak-kanak di tempat awam.

Terkini, seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Schanzwaney Sara berkongsikan pengalaman adik lelakinya hampir diculik di pasar basah NSK Kuchai Lama.

Dikatakan ketika kejadian, ibunya meletakkan adik lelakinya itu di dalam troli agar memudahkan dia melihatnya namun hanya disebabkan terleka sekejap sahaja, troli itu dibawa lari oleh ‘seseorang’.

Berikut situasi cemas yang diceritakan oleh mangsa agar ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati meskipun berada di tempat yang dirasakan agak selamat seperti pasar raya:

“Ya Allah, benda yang paling kami takuti telah terjadi kepada Mami saya.

Kira-kira jam 2.30 petang tadi, Mami saya telah keluar pergi membeli belah dengan adik saya bernama Adam di NSK kuchai Lama, seperti biasa Adam memang suka duduk dalam troli sambil makan.


Mami letak Adam di tepi dia, dengan orang ramai dekat situ, ketika Mami tengah pilih-pilih ikan, Mami terdengar Adam memangil.

“Mami, Mami, Mami,” mungkin Mami tidak sedar, bila Mami toleh belakang Adam dah tiada sekali dengan troli yang penuh dengan barang itu.

Mami apa lagi, terus menjerit-jerit memanggil nama Adam, selepas itu Mami terus ke kaunter “Customer Service” mintak tolong pengawal keselamatan untuk jaga semua pintu keluar masuk.

Alhamdulillah akhirnya ada orang jumpa Adam dekat tepi kaunter keluar, agak jauh juga dari tempat Adam hilang.

Mungkin orang itu tidak sempat nak bawa Adam keluar memandangkan hendak bawa keluar troli kena bayar dulu barang-barang yang ada dalam tu.

Petang ini Mami akan ke NSK Kuchai Lama untuk tengok balik rakaman kamera litar tertutup CCTV untuk kenal pasti siapa yang tolak troli tersebut.

Hati-hati semua”.

*Sehingga kini, tinjauan kami di Facebook mendapati masih tiada info mengenai rakaman CCTV sewaktu kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Schanzwaney Sara

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Hangat

Go to Top