Bukan Berita Online Biasa

quadracopter-lily

Video: Quadracopter Mampu Mengikut Anda Tanpa Dikawal

in Terkini

Kebiasaannya drone memerlukan pemandu yang akan mengawal drone itu dari jauh. Sekarang ianya lebih mudah, kerana kamera Lily dicipta untuk mengikut anda ke mana sahaja anda pergi sambil membuat rakaman. Apa yang anda perlu buat, hanya lambungkannya ke udara.

Secara automatik, Lily mampu mengikut dan merakam sesiapa yang memegang alat pengawal, dan direka untuk mampu terbang sejurus anda melambungnya ke udara.

Kamera Lily mampu merakam video 1080p pada 60 FPS ataupun 720p pada 120 FBS untuk rakaman slo-mo. Ia juga mampu merakam 12 megapixel dalam posisi pegun. Komposisi dalaman membenarkan ia untuk berada di depan atau mengikut subjek, atau berada dalam mode looping.

Kamera Lily boleh terbang setinggi 50 kaki, dan ia boleh berada di depan atau di belakang anda dalam jarak sehingga 100 kaki. Syarikat pengeluar ini juga mengatakan kamera Lily dibina dengan standard kalis air IP67, bermakna ia boleh ditenggelamkan sehingga 1 meter tanpa apa-apa kesan sampingan.

Bateri kamera ini hanya bertahan selama 20 minit masa penerbangan, walau bagaimanapun syarikat pengeluar berkata bahawa bateri tidak boleh ditukar ganti disebabkan ciri kalis airnya. Lily juga tidak mampu mengelak daripada objek berdekatan dan menjadikan rakaman di ruang sempit berbahaya.

Ia adalah konsep yang menarik tetapi anda harus bersabar menunggu versi lain sekiranya anda bercadang untuk membuat aksi gila menggunakan drone Lily. Drone ini boleh didapati untuk pre-order pada harga diskaun $499 (RM 2131.50) sehingga 15 Jun, tetapi ia hanya akan dihantar kepada anda mulai Februari 2016. Harga runcit quadracopter kamera Lily ialah $999 (RM4267.28).

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=4vGcH0Bk3hg]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Go to Top