Bukan Berita Online Biasa

ARJA LEE

Nafi Promosi Pakaian Dalam, Arja Lee Minta Maaf

in Artis

ARJA Lee sebelum ini dikecam netizen apabila sebuah klip video dimuatnaik individu tidak bertanggungjawab memaparkan dirinya sedang menimang bola dengan hanya berseluar dalam.

Ada pihak mengatakan, dia sengaja memuatnaik video itu kerana mahu mempromosikan koleksi pakaian dalam yang akan dijualnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Arja menafikan perkara itu dan berkata dia tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan pakaian dalam.

BACA:  Arja Lee Muat Naik Video Pakai Seluar Dalam?

JUGA BACA: Video Seluar Dalam: Arja Lee Buat Laporan Polis Telefon Hilang

“Fesyen Line yang akan dikeluarkan ‘All Wear’ kerana saya akan keluarkan 5 jenis baju yang boleh dipakai oleh lelaki dan juga wanita. Saya tak pernah terfikir untuk keluarkan sebarang pakaian dalam dan itu fitnah semata-mata,” katanya yang ditemui di acara karpet pink AJL 30, semalam.

Dia juga meminata maaf kepada para peminatnya di atas perkara yang telah berlaku.

“Mungkin kesilapan saya sendiri, dan telefon bimbit saya sememangnya tidak pernah ada password kerana saya cepat lupa. Sudah tentu saya takkan ada apa-apa rahsia di dalam telefon bimbit itu, kecuali video tersebut yang di muatnaik secara peribadi di kediaman baru saya.

“Keluarga terutamanya ayah memang tahu akan apa yang telah berlaku dan mereka menerima saya seadanya. Bagaimanapun saya minta maaf kepada beliau,” katanya kesal. – MYNEWSHUB.CC

OLEH: KikiLala

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Artis

Go to Top