Bukan Berita Online Biasa

adik

Video: Kanak-Kanak Perempuan Diikat Dan Diseksa Depan Ibunya

in Hangat/Utama & Sensasi

SATU tindakan tidak berakal lagi tidak berperikemanusiaan…

Sebuah video viral yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjerit dan menangis akibat diperlakukan dengan kejam oleh seorang lelaki telah membangkitkan kemarahan netizen.


Kanak-kanak malang terbabit diikat pergelangan kaki dan tangannya dengan menggunakan pengikat kabel plastik oleh suspek yang dipercayai ayah tiri kepada mangsa.


Melalui video, mangsa dipercayai berusia lingkungan 5 tahun dan kejadian berlaku di dalam bilik di sebuah rumah yang turut disaksikan ibunya sendiri.

Slang percakapan yang digunakan suspek seakan pertuturan masyarakat di Brunei di mana kedengaran perkataan “teddah” yang bermaksud kasihan.

Rata-rata pengguna alam maya yang menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu terbabit dan turut mengecam isterinya yang tidak menghalang perbuatan itu.

Beberapa blog tempatan yang berkongsikan video tersebut mendapat banyak komen meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pendera terbabit.

Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, tidak diketahui maklumat sebenar berkenaan tarikh dan lokasi kejadian berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Hangat

Go to Top