Bukan Berita Online Biasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya di Seksyen 13 yang mengenakan harga minuman tinggi kepada pelanggan. 
Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaaan dijalankan di premis itu hari ini. - Foto BERNAMA

2 Restoran Diberi Notis Tunjuk Sebab: Milo Ais RM5.90, RM6.70

in Hangat

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya di sini yang mengenakan harga minuman tinggi kepada pelanggannya.


Penolong Pengarah Kanannya, Yusof Bakar berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan di premis itu hari ini.

“Kedua-dua restoran itu didapati mengambil keuntungan berlebihan. Sebuah restoran didapati mengenakan milo ais pada harga RM5.90 sementara sebuah lagi restoran mengenakan milo ais pada harga RM6.70 dan air suam RM0.80.

“Di bawah notis ini, kedua-dua pengusaha restoran diberi tempoh seminggu untuk beri penjelasan dan jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna berwaspada dan berhati-hati berbelanja di restoran yang mengenakan harga makanan atau minuman yang tinggi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]S6PhQBomgVk[/wpdevart_youtube]

Tags:

Terkini dari Hangat

Go to Top