farmasi

FCC, Kosmetik Halal Jenama Antarabangsa Pilihan Muslimah

in Hangat/Slider

PENGGUNAAN alat solek atau kosmetik tidak dapat dinafikan mampu membantu meningkatkan penampilan wanita. Cela seperti parut jerawat dan jeragat pada kulit dapat ditutup atau disamarkan sekaligus meningkatkan lagi keyakinan diri.

Bagaimanapun, pemilihan kosmetik perlu jadi keutamaan kerana kualiti yang rendah boleh mendatangkan masalah di kemudian hari kepada kesihatan kulit. Paling utama bagi yang beragama Islam, aspek kesucian bahan digunakan untuk menghasilkan produk yang bakal dilumur pada diri dan wajah harus dititikberatkan.


Penyelesaian bagi kesemua isu di atas terdapat dalam kosmetik FCC atau Farmasi Colour Cosmetic yang sudah berada di pasaran selama 65 tahun serta kini memiliki lebih 2,000 rangkaian produk yang dijual di lima benua dunia dan 123 buah negara.

Dihasilkan dengan standard antarabangsa, FCC yang mendapat pengiktirafan HALAL dunia dan boleh dibawa solat dihasilkan daripada minyak dan ekstrak buah buahan serta sayuran manakala pembuatannya dilakukan oleh orang Islam sendiri di Turki.

DSC_7757
Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn Bhd dan pengedar FCC Asia Tenggara, Ili Zawani Ismail

Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn Bhd dan pengedar FCC Asia Tenggara Ili Zawani Ismail, 29, berkata, kesedaran umat Islam di negara ini mengenai kepentingan produk halal yang kian meluas termasuk melibatkan kosmetik menjadikan FCC pilihan terbaik buat muslimah moden yang mementingkan penampilan.

“Setiap produk FCC dirumus menggunakan bahan-bahan yang 100 peratus halal, menepati syarak serta mendapat pengiktirafan daripada agensi halal antarabangsa.

“Bagi wanita Islam ia memudahkan mereka bersolat kerana tidak perlu rasa was-was semasa memakainya,” ujar usahawan muda ini ketika dtemui Mynewshub.

Produk FCC juga memenuhi tiga elemen yang dipertimbangkan kaum wanita apabila membeli kosmetik iaitu produk berkualiti, harga berpatutan dan memenuhi kehendak.

Tambah Ili, walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan kebelakangan ini para pengguna produk FCC boleh menarik nafas lega kerana mereka masih boleh kelihatan cantik menggunakan barangan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

DSC_7769

Kini terdapat 185 jenis produk FCC yang boleh didapati dengan mudah di 17 kaunter di gedung beli belah terkemuka seperti AEON Big dan Parkson selain beberapa farmasi terpilih.

Pengguna juga boleh membeli secara online di laman web beli belah seperti Zalora dan Fashion Valet.

Antara produk pilihan pengguna setia FCC adalah koleksi gincu rangkaian Matte Lipstick dengan kemasan matte yang menjadikan bibir tampak lebih mungil, bedak asas Stay Matte yang menjanjikan tona wajah sekata serta tahan selama 16 jam serta, koleksi pembayang mata Terracotta Mono Eyeshadow bertekstur kilat serta berpigmen tinggi yang dapat memberikan pesona baru pada penampilan si pemakai.

DSC_7747
Rangkaian gincu bertekstur mewah Matte Lipstick menjadi pilihan nombor satu peminat FCC

Ili turut berkongsi berita baik iaitu Jualan Gudang dan Hari Terbuka FCC yang bakal diadakan pada 29 hingga 31 Januari ini di City Mall USJ 19.

Jualan gudang bertujuan menghargai pengguna setia FCC itu, akan dianjurkan selama tiga hari bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Menurut Ili, jualan gudang berkenaan memberi peluang kepada pengguna FCC mendapatkan alat solek dan barangan penjagaan tubuh jenama berkenaan pada harga lebih murah berbanding pasaran, bermula dari RM5.00 sahaja.

“Selain itu, kami adakan juga hari terbuka FCC sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produk ini kepada mereka yang berminat tetapi belum berkesempatan mencubanya.

“Apa yang lebih menarik, kami akan menampilkan lima produk baru yang tiada dalam pasaran Malaysia seperti set berus mekap, syampu, krayon bibir dan warna-warna terkini rangkaian gincu matte yang amat popular di kalangan peminat FCC,” ujar Ili.

DSC_7737
Produk FCC, sebahagiannya tidak terdapat dalam pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga runtuh di Jualan Gudang dan Hari Terbuka FCC, 29 Jan hingga 31 Jan ini

Sudah tentu, harga runtuh dan pengenalan produk baru membuatkan ramai yang berminat untuk menyerbu jualan gudang FCC ini nanti bukan?

Kepada pembaca wanita, jangan lepaskan peluang untuk ke Warehouse Sale dan Open Day FCC 2016 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini (29 hingga 31 Januari) di USJ 19 City Mall. Jom serbu! – MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid
Foto: Riza Razak