Bukan Berita Online Biasa

Syahrul Azwari

FAM Arah Syahrul Azwari Kembali Ke Kelantan

in Sukan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan bekas pemain skuad Harimau Muda B, Syahrul Azwari Ibrahim yang sudah menandatangani kontrak dengan Sarawak musim ini, perlu kembali ke negeri kelahirannya, Kelantan.


Jawatankuasa Status FAM yang bersidang hari ini, memutuskan Syahrul Azwari perlu kembali ke Kelantan memandangkan karier bola sepak pemain berkenaan bermula di negeri Pantai Timur itu.

FAM memaklumkan pemain berusia 23 tahun itu perlu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, sekiranya KAFA masih berminat menggunakan khidmatnya.

“Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) boleh mengadakan perbincangan secara rasmi dengan KAFA dalam masa tujuh hari dari tarikh terma keputusan diterima jika masih berhasrat mendapatkan khidmat pemain,” demikian menurut FAM dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan keputusan tersebut, badan induk bola sepak negara itu menjelaskan kontrak yang ditandatangani Syahrul Azwari bersama FAS pada Disember 2015, terbatal memandangkan kedua-dua pihak tidak mengikuti tatacara pelepasan pemain yang ditetapkan.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah sebelum ini, dilaporkan sebagai berkata bahawa pemain skuad Harimau Muda, yang sudah dibubarkan, perlu kembali ke negeri kelahiran masing-masing.

KAFA, sebelum ini membuat aduan kepada Jawatankuasa Status FAM selepas mendakwa FAS enggan melepaskan pemain berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu yang dilaporkan sudah menandatangani kontrak dengan mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fUVQbxAbm6k[/wpdevart_youtube]

Tags:

Terkini dari Sukan

Go to Top