Bukan Berita Online Biasa

kwsp

Apabila Si Bodoh Cuba Viral Keliru Info Caruman KWSP

in Hangat/Slider/Utama & Sensasi

NAMPAKNYA usaha pihak antikerajaan memutar belit fakta sudah sampai kepada tahap ‘bodoh sombong’ atau mungkin ibarat tikus baiki labu apabila sanggup ‘memusing’ cerita sebenar dan membuat andaian bukan-bukan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang netizen dipercayai penyokong pembangkang menyebar dakyah jahat kononnya pengurangan 3% caruman Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) sebagai ‘menipu’ rakyat.

Penulis berkenaan merujuk kepada perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika berucap membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya pada Khamis lalu.

Berselindung di sebalik nama “seorang rakyat Malaysia”, netizen itu cuba sembunyikan beberapa fakta dan pada masa sama memperbesarkan isu penurunan caruman KWSP sebagai konon taktik kerajaan ‘rompak’ duit rakyat.

Barang kali ramai sudah baca hujah dangkal penulis ini dan pasti bagi yang tidak tahu hujung pangkal akan setuju bulat-bulat dengan tohmahan fitnahnya konon kerajaan bakal jadi ‘kaya’ dapat banyak hasil cukai pendapatan!


Namun, bagi yang faham kisah sebenar, hujah penulis itu sebetulnya menyerlahkan lagi kebodohan dirinya dalam pengiraan percukaian semasa atau cakap senang, netizen itu jahil matematik dan tidak ‘baca’ habis berita penuh.

x kwsp

MYNEWSHUB sendiri kurang faham kenapa ramai tidak berpuas hati dan mengemukakan pelbagai teori penuh konspirasi tentang percubaan kerajaan konon mahu menipu mereka dalam isu cukai pendapatan rakyat miskin.

Lebih dahsyat terdapat juga banyak kiriman menerusi ‘whatsapp‘ mengatakan konon pihak kerajaan yang akan mendapat manfaat dan cukai pendapatan seseorang akan meningkat apabila caruman KWSP dikurangkan 3%.

Baiklah mula-mula sekali, sesiapa pun yang buat pengiraan itu tentu terlupa bahawa dalam pengubahsuaian Bajet 2016, tambahan perlepasan cukai RM2,000 diberi kepada individu gaji bulanan sebanyak RM8,000 dan ke bawah.

Ini membolehkan individu tersebut mendapat duit tambahan sebanyak RM475 dan langkah ini sahaja bakal menyebabkan pihak kerajaan kehilangan kira-kira RM350 juta dalam bentuk hasil cukai pendapatan semasa.

Ini juga bermakna mereka yang mempunyai gaji RM8,000 sebulan dan ke bawah sebenarnya membayar cukai dengan kadar yang lebih rendah – walaupun pemotongan KWSP telah dikurangkan daripada 11% kepada 8%.

Jika kurang faham, sila lihat jadual pengiraan sebenar daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk individu dengan gaji sebanyak RM4,000 sebulan misalnya yang dijadikan contoh fitnah oleh netizen tersebut.

Baca: Sumbangan KWSP Pekerja Kurang 3%, Majikan Kekal

Juga: Pekerja Boleh Pilih Kekal Kadar Caruman KWSP 11%

Lagi: Caruman – Pekerja Digesa Tak Pilih ‘Potong 3 Peratus’

Dan: Kerajaan Dicadang Kurang Peratusan Caruman KWSP

Anehnya, ini tidak disebut oleh penyebar mesej viral palsu itu seolah-olah dia ada agenda jahat tersirat menyemai perasaan benci rakyat kepada kerajaan selepas ‘kantoi’ dalam isu dana RM2 bilion sumbangan raja Arab Saudi.

Terdahulu pembangkang di sebalik propaganda dahsyat juga tanggung malu setelah usaha mereka membatalkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik turut gagal apabila berjaya diluluskan majoriti wakil rakyat dalam Parlimen.

Berbalik kepada isu pengurangan caruman KWSP itu, idea ini sebenarnya disampaikan ramai perwakilan ketika berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang prihatin dengan isu kos sara hidup rakyat bergaji kecil.

Ini membolehkan pekerja dalam kategori B40 dan M40 atau bahasa mudah pendapatan bulanan RM8,000 serta ke bawah ada duit saku lebih untuk kegunaan keluarga kerana peratus caruman mereka dikurangkan sedikit.

Secara tersirat, pekerja masih mempunyai pilihan untuk kekal dengan pemotongan KWSP sebanyak 11% dan masih mempunyai simpanan cukai memandangkan pihak KWSP ada memberi alternatif kepada pencarum.

Bagaimanapun, jika anda adalah salah seorang yang mengatakan KWSP telah ‘hancur’ muflis, maka secara logik anda harus mengurangkan caruman dan tidak membiarkan KWSP terus ‘mengambil’ wang anda setiap bulan.

Senario lain, waima anda pilih pemotongan KWSP sebanyak 8%, tiada siapa suruh anda belanjakan wang lebihan tersebut ke atas barangan bercukai GST. Anda boleh simpan, labur atau beli unit amanah – semuanya bebas GST.

Untuk senario kes terburuk, jika anda percaya bahawa pengurangan caruman KWSP adalah cara kerajaan untuk menipu rakyat, silalah buat protes jalanan dan minta kerajaan menaikkan pemotongan KWSP sehingga 14% pula.

Ada berani? Mungkin tidak. Katakanlah mengurangkan 3% bermakna kerajaan mengambil kesempatan ke atas anda, oleh itu, peningkatan sebanyak 3% boleh diibaratkan sebagai anda mengambil kesempatan ke atas kerajaan.

Logik anda sememangnya hebat, kan? Tepuk dada tanya jujur diri sendiri, dan bagi MYNEWSHUB, netizen itu berjaya perbodohkan ramai orang yang mungkin buta ekonomi dan jahil isu percukaian. – Mynewshub.cc/HAA

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Hangat

Go to Top