Bukan Berita Online Biasa

Datuk Johari Abdul Ghani

Pelantikan Johari Pengganti Allahyarham JJ Disambut Baik

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Dato’ Mohamad Izat Emir menyambut baik pelantikan ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO yang baru, menggantikan allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan menyokong penuh Johari  yang juga Timbalan Menteri Kewangan dalam merancang dan memperkasakan agenda Bumiputera di Malaysia di samping memantapkan lagi keupayaan daya saing usahawan Bumiputera pasca TPPA.

Selain Johari, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Anggota Parlimen Baling) sebagai Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keanggotaan parti dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Anggota Parlimen Kepala Batas) selaku Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO.

Najib mengumumkan rombakan tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Jumaat. – MYNEWSHUB.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Politik

Go to Top