Bukan Berita Online Biasa

Mayat Lelaki Reput

Remaja Lelaki Maut Motosikal Ditunggang Terbabas

in Terkini

KEPALA BATAS – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan mangsa tercampak beberapa meter dalam kejadian di Kilometer 125.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bertam di sini awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kemalangan 2.15 pagi itu, mangsa Nelson Chuah Ming Shen, 19, dari arah Sungai Dua menghala Sungai Petani, Kedah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan kepala.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa yang bersendirian itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan tercampak beberapa meter ke atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasatan dan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Go to Top