Bukan Berita Online Biasa

salleh-keruak1mdb

Peguam Negara Switzerland Langgar Protokol – Salleh Said

in Terkini

LONDON – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan terbuka Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber berkaitan isu 1MDB sebagai separa matang tanpa fakta lengkap.

Malah ia tidak menyeluruh selain tindakan Lauber yang bercakap kepada media terlebih dahulu sebelum merujuk kepada pihak berkuasa juga telah melanggar protokol serta menyebabkan fakta yang salah telah tersebar luas.

“Ia bercanggah dengan amalan dan protokol biasa apabila seorang pegawai kanan sesebuah negara bercakap kepada umum berkenaan isu dalaman negara lain. Itulah yang telah dibuat oleh Peguam Negara Switzerland.

“Dia patut menghubungi pihak sejawatannya di Malaysia sebelum buat kenyataan,” katanya mengulas kenyataan terbuka Lauber minggu lalu mendedahkan AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana 1MDB dikatakan hilang.

Salleh menegaskan demikian ketika dihubungi media antarabangsa yang berpusat di Britain, The Guardian dan kenyataan terbaharu beliau itu turut dimuatkan menerusi laman blog kendaliannya pada Selasa.

Di dalam blog berkenaan, menteri tersebut turut menjelaskan bahawa 1MDB telah melalui banyak proses audit yang ketat sejak tahun 2009 dan mustahil wang sebesar AS$4 bilion boleh terlepas pandang begitu sahaja.

Selain itu, Salleh juga mendakwa Lauber tersalah maklumat apabila menyatakan konon bahawa syarikat-syarikat Malaysia yang disiasat tidak memberi komen berhubung kehilangan wang yang ditanggung mereka.

“Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan berkaitan 1MDB, syarikat itu telah mengeluarkan banyak kenyataan rasmi termasuk penjelasan bagi menjawab pelbagai soalan sensitif berkaitan wang yang hilang,” katanya.

Sementara itu, Salleh turut menyatakan rasa kekesalannya terhadap kenyataan Lauber yang menuduh bahawa Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali konon tidak pernah memberi kerjasama.

Walhal ujar beliau lagi, hakikatnya pihak kerajaan Malaysia sendiri telah menunggu berbulan-bulan lamanya respons daripada pihak berkuasa Switzerland dalam isu berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: 1MDB Tidak Dihubungi Pihak Berkuasa Switzerland

Juga: PM Bukan Antara Suspek Disiasat Oleh Switzerland

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Dani Alves Ke Juventus?

Dani Alves Ke Juventus?

BARCELONA – Daniel Alves dikhabarkan akan meninggalkan kelab dari Barcelona dan akan berhijrah
Go to Top