Bukan Berita Online Biasa

pixx

PDRM Mungkin Akan Naikkan Kadar Saman

in Terkini

BERIKUTAN kecewa dengan sikap pengguna jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan menaikkan kadar saman di masa hadapan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini berikutan saman maksima RM300 yang dilihat seolah-olah begitu mudah dibayar oleh pesalah jalan raya.

“PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana pengkuatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang berkemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam ‘kacang’ je dia bayar,” kata beliau memetik Astro Awani.

Sementara itu, sepanjang Ops Selamat 8 yang dijalankan sempena Tahun Baru Cina, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan serta melanggar lampu isyarat. – MYNEWSHUB.CC


Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Go to Top