Bukan Berita Online Biasa

isis-app

Daesh Bangun Aplikasi Pemesejan Sendiri Buat Pengikut

in Gadjet/Hangat

ANCAMAN pengaruh kumpulan pengganas Daesh di negara kita bukan lagi sesuatu yang boleh lagi dipandang ringan.

Pada bulan lalu, kelompok militan Daesh telah melakukan serangan bunuh diri di Indonesia yang mana mengakibatkan empat kematian puluhan lain yang cedera.

Pihak PDRM segera melakukan tugas mereka di Malaysia dan berjaya menangkap beberapa suspek pengganas sebelum mereka mampu melakukan serangan.

Tindakan ini membawa kemarahan Daesh yang mengeluarkan video berbahasa Melayu mengajak orang Islam Nusantara supaya menyertai mereka membina sistem khalifah baru.

Setiap pergerakan penyokong Daesh kini dipantau oleh pihak berkuasa dan ramai yang tertangkap di Malaysia kerana menunjukkan sokongan secara terbuka menerusi laman media sosial seperti Facebook.

Selepas menyedari aktiviti mereka dikesan, mereka mula menggunakan aplikasi pemesejan Telegram.


Aplikasi ini juga mula diragui keselamatannya oleh Daesh, oleh itu kini timbul laporan mereka sudahpun mengeluarkan aplikasi pemesejan sulit mereka tersendiri dipanggil Alrawi untuk peranti Android.

Mereka berharap dengan tiadanya pergantungan kepada pihak ketiga yang mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa, Alrawi akan memudahkan mereka berhubung secara sulit.

Aplikasi ini memang tidak boleh ditemui menerusi Google Play sebaliknya fail APK dimuat turun dari laman yang dikelolakan pihak Daesh sendiri.

Berita baik di sini ialah sistem penyulitan yang digunakan Alrawi tidak sebaik yang digunakan pada aplikasi WhatsApp dan Telegram.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ibstimes

Tags:

Latest from Gadjet

Go to Top