Bukan Berita Online Biasa

DBKL

DBKL Umum Pembersihan Pasar Malam Percuma

in Terkini

KUALA LUMPUR – Berita baik buat para peniaga pasar malam di ibu negara!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan akan mengambilalih kerja-kerja pembersihan pasar malam di sekitar ibu negara berkuat serta merta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, perkhidmatan itu diberikan secara percuma kepada semua peniaga pasar malam di Kuala Lumpur.

Menurutnya, terdapat sebanyak 100 buah pasar malam di Kuala Lumpur dan sejak tahun 2006, sejumlah 22,439 lesen telah dikeluarkan kepada penjaja pasar malam.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memutuskan supaya DBKL membekalkan logistik itu tersebut secara percuma (one off).


“Keputusan ini berdasarkan kepada keadaan ekonomi Negara yang kurang memberangsangkan dan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mhd. Amin Nordin berkata, DBKL akan turut memperkemaskan prosedur standard operasi (SOP) pasar malam dan membekalkan logistik pasar malam bagi tujuan penyeragaman.

Kata beliau, logistik pasar malam untuk tujuan penyeragaman adalah kanopi, meja, alas meja dan apron.

“Kerja-kerja menaiktaraf pasar malam di Kuala Lumpur telah dijadikan Key Performance Index (KPI) Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur sejak tahun 2012,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]3ICfXYrlI38[/wpdevart_youtube]

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Terkini

Go to Top