DBKL

DBKL Berhasrat Guna Pakai Sop Banjir Kemaman

in Terkini

KUALA NERUS – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhasrat mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) banjir dilaksanakan di daerah Kemaman bagi menangani banjir kilat di ibu negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata pihak DBKL akan melakukan lawatan ke Kemaman bagi melihat sama ada SOP itu sesuai atau tidak digunakan oleh DBKL.

“Selalu berlaku banjir kilat (di ibu negara) dan kami sentiasa mencari jalan untuk mengatasi banjir tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Treasure Hunt Wilayah Persekutuan di sini Sabtu malam. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.

“Langkah dari segi persiapan awal untuk menghadapi banjir di Kemaman berjalan lancar sehinggalah selepas bencana dan ia telah mendapat pengiktirafan sebagai SOP terbaik,” katanya.

Sementara itu, Osman berkata pihak kerajaan negeri bersedia menjalin kerjasama dengan pihak DBKL dan kementerian berhubung perkara itu. – BERNAMA


[wpdevart_youtube]qKNMPBkPFJ4[/wpdevart_youtube]