Bukan Berita Online Biasa

BY ELECTION_ROMPIN_BN

Muhyiddin Bakal Jalin Kerjasama Dengan DAP?

in Hangat/Politik

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya terdapat tiga subjek yang menjadi persamaan diantara Muhyiddin dan UMNO Johor dengan DAP untuk menyerang Najib waktu ini iaitu dalam isu derma politik, 1MDB dan SRC International.

“Rekrut terkini untuk agenda (jatuhkan Najib) tidak lain iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) kerana mesejnya di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pagoh bahawa perlu segera menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal.

“Dengan tiga subjek itu, Pakatan Harapan [DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN)] akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP berkata, kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor secara tidak langsung akan memberi ruang kepada DAP dan  Pakatan Harapan memperluaskan penguasaannya di Johor.

Katanya, kerjasama dengan Muhyiddin dan pasukannya itu akan turut menambah potensi  pembangkang yang telah pun berjaya memenangi beberapa kerusi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, jika UMNO tumbang di Johor pada PRU akan datang, tiada cara untuk BN mempunyai majoriti di Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan lagi.

Muhyiddin yang marah kerana digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu agresif menyerang kepimpinan Najib termasuk berusaha menumbangkan Presiden UMNO itu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2015, namun usahanya tidak mendapat sambutan.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Hangat

Go to Top