Bukan Berita Online Biasa

Untitled

Luminid – Kabel Pengecasan Peranti Berlampu

in Gadjet

ADAKAH anda sering mengalami kesukaran mengecas peranti pada waktu malam? Lampu sudah dipadamkan, anak sedang nyenyak tidur di atas katil dan anda perlu mencari lubang pengecasan peranti di dalam kegelapan?

Sekiranya anda menggunakan peranti MikroUSB, proses pengecasan menjadi dua kali sukar kerana anda tidak dapat melihat orientasi kabel dengan jelas.

Oleh itu kabel pengecasan berlampu Luminid ini amat kami perlukan.

Ia mempunyai lampu LED terbina pada bahagian kepala. Lampu menyala secara automatik apabila disentuh oleh jari.

Kabel-Luminid-Berlampu

Dengan adanya lampu kecil ini proses mengecas peranti di dalam suasana gelap tidak lagi menjengkelkan.

Lampu pada kabel akan terpada dengan sendiri apabila ia mengesan sambungan yang betul pada port pengecasan.

Terdapat versi MikroUSB dan Lightning. Kabel pengecasan Luminid ini dijual pada harga AS16.95 (sekitar RM 71) seutas.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Luminid

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Gadjet

Go to Top