Bukan Berita Online Biasa

image

Asap Berkepul-Kepul, Hutan Batu Caves Terbakar

in Hangat/Utama & Sensasi

KAWASAN hutan di Batu Caves, Selangor dilaporkan terbakar pagi Jumaat melibatkan bukit batu kapur setinggi 60 meter.

Api dilaporkan marak melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan terjejas dan asap tebal sehingga dapat dilihat di sekitar Gombak dan kawasan berdekatan.


Sehingga pukul 8.20 malam ini, operasi pemadaman giat dijalankan pasukan bomba dan penyelamat yang melibatkan beberapa unit jentera dari balai Selayang, Rawang dan Gombak Selatan.

bakor2

bakor5

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.42 pagi.

Sejumlah 20 anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi.

Jentera pertama tiba pada pukul 10.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan sehingga kini, kerja pemadaman masih giat dilakukan untuk mengawal kebakaran,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Azrul juga, kawasan kebakaran adalah satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar namun tidak melibatkan pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau keadaan dari angkasa ‎disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit yang cukup luas.

Punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas menyumbang kepada berlakunya kebakaran. – MYNEWSHUB.CCC

Terkini dari Hangat

Go to Top