Bukan Berita Online Biasa

leap-day-facts-calendar-pa

Istimewa 29 Februari… Munculnya 4 Tahun Sekali

in Gaya Hidup/Hangat

HARI ini adalah tanggal istimewa. Ini kerana 29 Februari hanya muncul sekali dalam empat tahun, termasuk tahun ini.

Di tahun-tahun biasa Februari hanya diisi 28 hari. Namun setiap empat tahun akan muncul ‘Tahun Lompat’ di mana Februari mempunyai lebihan sehari, menjadikan tahun itu jumlah hari bagi setahun adalah 366 dan bukannya 365.


Monday-29-February-2016-tc776e22ca38c21a632c835450bc334f9bd36959cedfb6841d67862392120d24dk-lq

Secara mudahnya untuk mengira Tahun Lompat mudah sahaja, ianya tahun yang boleh dibahagi dengan nombor 4. Alkisahnya, Tahun Lompat mula diperkenalkan pada zaman Rom di bawah pimpinan Julius Caesar apabila berlaku kekeliruan tarikh tepat bumi mengelilingi matahari. Ini kerana bumi memerlukan 365 ¼ hari untuk melengkapkan pusingan tersebut.

Sebagaimana kehadirannya yang muncul tak selalu, terdapat beberapa kepercayaan tertentu masyarakat di seluruh dunia tentang Tahun Lompat. Di Rusia dan Scotland, ianya dikaitkan dengan cuaca buruk malah petani percaya tanaman yang dibenih pada tahun ini akan tumbuh ke arah yang salah dan bukan masa yang baik untuk berternak.

Masyarakat di China pula percaya, anak yang lahir tanggal 29 Februari tidak bijak berniaga dan kehidupan mereka kurang makmur. Di Taiwan pula anak perempuan yang sudah berkahwin tidak boleh pulang ke rumah ibu bapa pada waktu ini kerana ia boleh membawa sial.

Begitu pun, ramai ahli kaji percaya bayi yang lahir pada Tahun Lompat memiliki keistimewaan tersendiri  termasuk berbakat dalam silap mata dan memiliki keperibadian unik. Antara orang terkenal yang lahir pada Tahun Lompat adalah Lord Byron yang terkenal dalam kalangan peminat puisi.

leap-year1

Tak kiralah luar biasa ataupun tidak orangnya, mereka yang lahir pada 29 Februari sememangnya kurang bernasib baik bab sambutan hari lahir kerana ia cuma muncul selang empat tahun tetapi pada masa sama, ianya tetap satu ciri unik dan menguntungkan pasangan mereka yang tidak perlu mengeluarkan biaya untuk membeli hadiah setiap tahun. Hehe.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top