Bukan Berita Online Biasa

image36

Bianco Mimosa Busana Perkahwinan Eksklusif

in Hangat

KUALA LUMPUR – Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air.

Koleksi pertamanya menggunakan bunga tekap dilancarkan pada 7 September 2013 dihadiri ramai barisan artis dan selebriti terkenal termasuk kehadiran wakil dari butik terkanal seperti Louis Vuitton, Versace dan Roberto Cavalli.

Merupakan butik fesyen yang menyediakan koleksi ‘ready to wear‘, Bianco Mimosa turut mengambil inspirasi daripada pereka fesyen dari luar negara.


Malah fabrik yang digunakan juga didatangkan khas daripada pelbagai koleksi luar negara termasuk Itali, Perancis, Turki, India, Vietnam dan pelbagai lagi.

Bianco Mimosa juga memiliki keistimewaan tersendiri kerana penghasilan setiap adibusananya turut diterapkan dengan kemahiran dan kepakaran Dato Ida dalam bidang kejuruteraan yang juga merepakan profesionnya di lapangan arus perdana.

Kerana itu, segala teknik dan inspirasi dari bidang kejuruteraan itu dipamerkan dengan bijaksana dalam proses pembikinan dengan kekemasan dan ketelitian perincian menjadi struktur utama dalam rekaan Bianco Mimosa.

mimosa3.jpg.transformed

Bagi Koleksi Bridal Couture Bianco Mimosa 2016 ia diinspirasi daripada tema Fantasi dan turut menyelitkan ilham tersendiri berdasarkan mata seorang penggembara ketika lawatan keluar negara dilakukan.

Setiap fabrik dan perincian manik dihasilkan sendiri oleh Bianco Mimosa demi menekankan elemen keunikan dan tersendiri yang dimiliki oleh setiap koleksi milik Dato Ida yang merupakan pemilik Bianco Mimosa.

Dalam tempoh 3,000 jam, seluruh jiwa dan raga dicurahkan oleh hampir 20 tenaga produksi pembikinan koleksi adibusana Biancao Mimosa ini.

BACA: Fantasi Ronai Koleksi Adibusana Pengantin Bianco Mimosa

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=PVSiGbr0zjE]

Latest from Hangat

Go to Top