Bukan Berita Online Biasa

sg saman

Singapura Saman 12,000 Pemandu Tidak Mati Enjin Masa Parkir

in Hangat

SINGAPURA – Dalam senyap tanpa sebarang publisiti, tidak ramai tahu bahawa pemandu di Singapura boleh disaman oleh penguat kuasa trafik jika lama berhentikan kenderaan di petak parkir tetapi tidak mematikan enjin.

Langkah aneh namun tegas itu mula dilaksanakan sejak 2012 sebagai usaha mendidik pemandu di republik itu tidak membazirkan minyak petrol dan mencemari udara ekoran pelepasan asap kotor menerusi ekzos kenderaan.

Jumlah pemandu yang disaman kerana tegar berbuat demikian pada 2012 adalah cuma setakat 12 orang sebelum ia bertambah mendadak kira-kira 1,000 peratus atau sekitar 12,000 pemandu sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Jumlah yang dianggap sebagai terlalu tinggi luar biasa itu kerana ramai pemandu langsung kurang sedar bahawa tidak memadamkan enjin meskipun kenderaan dihentikan seketika di parkir merupakan satu kesalahan trafik.

traffic-warden-2

Bercakap di Parlimen, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli menambah peningkatan 1,000 kali ganda itu kebanyakannya akibat langkah penguatkuasaan lebih ketat dan banyak aduan daripada orang ramai.

Beliau namun menambah bahawa ia mungkin juga akibat salah tanggapan bahawa enjin perlu dipanaskan supaya konon dapat menggunakan minyak dengan cara yang lebih berkesan, atau supaya enjin dapat bertahan lebih lama.

“Menurut syarikat-syarikat pembuat kenderaan sendiri, enjin boleh menjadi panas dengan lebih cepat hingga cecah suhu optimum apabila kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana sebaik sahaja enjin tersebut dihidupkan.

“Inilah teknologi baharu yang kita ada hari ini, jadi saya berharap kita dapat jauhi tabiat lama dan tukar kepada tabiat baharu, kerana enjin sekarang ini tidak perlu dipanaskan sebelum kenderaan itu bergerak,” jelas Masagos.

Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pemandu Singapura Mudah ‘Marah’ Keadaan Jalan

Juga: Harga Kereta Di Singapura Paling Mahal Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Hangat

Go to Top