Amran Fans, FB Peminat Fanatik Hanis Zalikha Kena ‘Sabo’

in Artis

Populariti Amran Fans memang tidak perlu diperkenalkan lagi, lihat sahaja jumlah pengikut di laman sosial Facebooknya yang mencecah lebih 300 ribu.

Sememangnya Amran Fans mempunyai keunikan tersendiri kerana sering kali mengundang tawa kepada sesiapa sahaja yang membaca posting yang dimuat naik.

Bagi peminat Amran Fans, anda tentu tahu bahawa Amran dan Hanis Zalikha (Keknis) berpisah tiada, gara-gara admin Amran Fans yang suka benor menyakat selebriti terkenal itu. Iyelah, peminat fanatik nombor satu katanya kan…

Bagaimanapun kini heboh, page Amran Fans sudah ditutup gara-gara kene ‘hack’ la, ‘direport’ la dan macam-macam versi lagilah.

Terkejut juga mendengar perkhabaran ini dan tertanya-tanya, kenapa agaknya Facebook Amranfans ditutup?

10425169_580408965392602_3463060124246876535_n

Dakwa admin Amran Fans, ada pihak tertentu rupa-rupanya telah membuat laporan kepada Facebook hingga menyebabkan page tersebut terpaksa ditutup.

Siapalah punya kerja agaknya kan? Nampaknya, ada yang tidak menyukai kewujudan Amran Fans ini.

amrab

Terdapat peminat fanatik Amran Fans yang menuduh ini kerja peminat-peminat Keknis yang tidak suka Amran mengorat selebriti kegemaran mereka.

Tak kurang juga, yang berpendapat semua ini berlaku gara-gara mulut Amran Fans yang berbisa ketika melakukan posting hingga membuatkan laman Facebook tersebut dipantau oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, Amran Fans nyata tidak putus asa dan kini segera membuka kembali page yang baru.

amra

Pada masa sama, sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya di sebalik Amran Fans ini? Adakah anda mengenali beliau? – MYNEWHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

Loading...