Bukan Berita Online Biasa

GAMBAR HIASAN

15 + 6 = 17… Pengantin Tinggal Bakal Suami Bodoh Matematik

in Hangat

LUCKNOW – Seorang pengantin perempuan di India membatalkan majlis persandingan dirinya sendiri setelah si pengantin lelaki gagal menyelesaikan satu soalan matematik mudah yang diberikannya.

Pengantin perempuan itu yang dirahsiakan identitinya, malah membuat keputusan langsung meninggalkan terus ratusan jemputan yang hadir dan tergamam, lapor beberapa media India pada Ahad.

Kejadian ‘lucu tetapi malang’ itu berlaku di Rasoolabad, sebuah perkampungan dekat bandar perindustrian Kanpur, di utara negeri Uttar Pradesh, kata jurucakap polis tempatan, Rakesh Kumar.

Ujarnya, saudara mara pihak wanita tersebut cuba menguji kemahiran ilmu hisab mempelai lelaki setelah melahirkan perasaan curiga tentang tahap sebenar pendidikan si pengantin lelaki berkenaan.

Baca: Calon Suami Sawan, Bakal Isteri Kahwini Tetamu!

Rayuan pihak lelaki untuk meneruskan persandingan bahkan tidak dihiraukan pihak perempuan gara-gara bakal suami itu gagal memberi jawapan tepat kepada soalan matematik mudah: 15 + 6?


Untuk pengetahuan anda, si lelaki dengan yakin pantas memberikan jawapan 17! Ekoran itu pengantin perempuan menyatakan, pihak pengantin lelaki menipu mereka tentang taraf pendidikan si lelaki.

“Keluarga pengantin lelaki sengaja cuba menyembunyikan daripada kami tentang tahap pendidikannya yang amat rendah,” kata Mohar Singh, iaitu bapa kepada pengantin perempuan.

Beliau yang dipetik pelbagai akhbar utama di India dengan sinis menambah: “Budak darjah satu sekolah rendah pun boleh menjawab soalan yang cukup senang ini.”

Ini kes kedua pengantin meninggalkan majlis perkahwinan di negeri itu dalam tempoh sebulan selepas insiden seorang pengantin perempuan berkahwin tetamu kerana bakal suaminya diserang sawan. – Agensi

Terkini dari Hangat

Go to Top