Bukan Berita Online Biasa

telinga

26 Ekor Lipas Bersarang Dalam Telinga

in Hangat

Ewww jijik dan geli. Itu perasaan sesetengah orang apabila melihat lipas di dalam rumah atau di kawasan sekitar. Tapi bayangkan jika seluruh keluarga lipas berada di dalam telinga, bagaimana reaksi anda?

Ia berlaku kepada seorang lelaki berusia 19 tahun dikenali sebagai Li yang tidak menyedari bahawa lipas berkenaan telah lama bersarang beranak-pinak di dalam telinganya selama beberapa minggu.

Menurut media tempatan di China, lipas itu kemudiannya dipercayai selamat menetaskan anak-anaknya sihat dan jumlah keseluruhan serangga tersebut yang ada dalam telinga Li adalah seramai 26 ekor.

telinga1

Li dikatakan hanya mengetahui mengenai kewujudan keluarga lipas apabila dia mendapatkan rawatan doktor selepas pernah terjaga di tengah malam kerana mendakwa telinga kanannya sakit.


Apabila doktor memeriksa saluran bahagian dalam telinganya, mereka mendapati ada beberapa ekor lipas yang sedang ligat bergerak ‘riang ‘di dalamnya.

Doktor kemudiannya berjaya menarik keluar si ibu lipas itu dan disusuli anak-anaknya dari telinga Li.

Menurut doktor, jika Li terlambat ke hospital, sudah tentu telinganya akan rosak.

Bergantung kepada keadaan cuaca, telur lipas akan menetas dalam masa antara 24 hingga 70 hari.

 

https://www.youtube.com/watch?v=a6yzFEdJ9HQ

Tags:

Terkini dari Hangat

Go to Top