Bukan Berita Online Biasa

Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

in Hangat

TERINGAT ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lewat 1990-an lalu, penulis aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selain Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Dua pergerakan ini cenderung kepada seorang pemimpin yang kemudian disabitkan kesalahan jenayah, namun penulis tertarik dengan pengalaman seorang tokoh berpengaruh dalam badan tersebut yang kini propembangkang.

Mungkin rapat dengan beliau (nama dirahsiakan atas sebab tertentu), suatu hari tokoh ini bercerita pengalaman memasuki antara bangunan paling selamat di dunia selain White House iaitu Pentagon di Arlington, Virginia.

Kompleks Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) berbentuk lima segi ini jika dilihat dari udara suatu ketika pernah menempatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum pindah bangunan baharu di Fairfax, juga di Virginia.

Barang kali teruja berpeluang dapat masuk dalam bangunan itu, beliau dan rombongan program zamalah tahunan kerajaan AS tersebut dibawa meninjau ke kawasan tidak sensitif bagi didedahkan polisi am kuasa besar dunia itu.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

The Pentagon January 2008.jpg
Pemandangan kompleks Pentagon dilihat dari udara. – Gambar hiasan

Di Pentagon, beliau terkejut melihat satu seksyen cukup luas khas untuk Malaysia lengkap komputer canggih, peta Malaysia, carta Parlimen selain akhbar harian dari negara kita waima petugas di situ pun fasih bercakap Melayu.

Setiap hari mereka menghubungi Kedutaan AS di Kuala Lumpur sambil menonton siaran TV Malaysia dan dibantu petugas tempatan (bahasa mudah: ejen CIA) bergaji RM15,000 sebulan memantau situasi isu semasa di Malaysia.

Itu cerita zaman awal 1990-an ketika Malaysia mula popular di seluruh dunia kesan kebangkitan ekonomi negara-negara membangun dikenali ‘Anak Harimau Asia’ dan pasca kejatuhan pengaruh komunisme Kesatuan Soviet.

Waktu itu masyarakat antarabangsa turut menyaksikan berakhirnya Perang Dingin antara AS-Rusia, pembebasan ikon Afrika Selatan, Nelson Mandela; runtuhnya Tembok Berlin di Jerman dan meletusnya Perang Teluk Pertama.

Susulan itu peranan CIA dihadkan lebih kepada operasi perisikan di negara berisiko kepada AS dan sebagai ganti tugas indoktrinasi fahaman demokrasi liberal ala-AS dipindahkan kepada National Democratic Institute (NDI).

Baca: Satu Lagi Drama Plot Jahat Sarawak Report

Bangunan Kedutaan AS di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan

Untuk rekod institut ini sudah ditubuhkan sejak 1983 dan sesuai dengan nama penuhnya NDI for International Affairs, ia disokong Jabatan Negara AS (jika di Malaysia setaraf disebut Wisma Putra Kementerian Luar Negeri).

Anehnya, institut pemikir berpusat di ibu kota, Washington DC ini turut dibantu dua agensi antarabangsa kerajaan AS sendiri, US Agency for International Development (USAID) dan National Endowment for Democracy (NED).

Meskipun namanya tidak berbaur ancaman, bagi yang tahu selok-belok dunia perisikan global, NDI ialah topeng kerajaan AS ibarat dajal moden konon mahu menegakkan falsafah demokrasi menerusi campur tangan ghaib.

Dengan pejabat di lebih 50 negara seantero dunia, NDI memang tiada cawangan di negara ini, namun Malaysia termasuk 130 negara yang pernah ‘didatangi’ petugas institut itu konon menambah baik sistem demokrasi kita.

Tidak hairanlah di Eropah khasnya negara-negara bekas Kesatuan Soviet, NDI dilihat dengan penuh curiga kerana tidak mungkin AS ikhlas membantu sesebuah negara kecuali ada maksud tersirat dalam jangka masa panjang.

Baca: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Falsafah Zionis: “Sesiapa menguasai maklumat, maka dia berjaya menguasai dunia!” – Gambar hiasan

Stesen National Geographic Channel bahkan pernah tahun lalu menyiarkan rahsia di sebalik NDI yang konon berlakon baik tetapi penuh muslihat jahat menerusi siri khas America’s Book of Secret: The Billionaire Agenda.

Dianggap masyarakat rahsia ‘bawah tanah’, agenda jahat kelompok laksawan AS yang kesemuanya adalah Yahudi Zionis menguasai pelbagai media global melalui NDI dibongkar oleh editor majalah ternama Forbes, Luisa Kroll.

Turut dipaparkan ialah pengakuan jujur dan terbuka bekas Setiausaha Jabatan Buruh AS, Robert Reich mengenai pengaliran ‘wang gelap’ daripada kelompok laksawan itu dalam mempengaruhi persepsi politik awam tempatan.

Hakikatnya tiada istilah kebebasan media di Barat, kerana semua syarikat media berpengaruh di sana dipegang Zionis sehingga mampu menentukan ‘biduk catur’ global termasuk menghancurkan negara yang dianggap musuh.

Ini diakui sendiri penulis The Billionaire Agenda, Mark Dice yang merujuk kelompok elit itu sebagai Bilderberg Group kerana licik mencorakkan polisi hala tuju sesebuah akhbar tanpa diketahui sesiapa pun sejak sekian lama.

Allahyarham Saddam Hussein antara mangsa dakyah jahat media Barat dikuasai pihak Zionis. – Gambar hiasan

Antara contoh kejayaan mereka ialah membuatkan satu dunia tertipu apabila percaya Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang mengancam kestabilan Asia Barat.

Bermula daripada New York Times, cerita fitnah ini dijaja penuh sistematik oleh Washington Post yang terkenal membongkar beberapa skandal presiden AS terdahulu sebelum disensasikan pula Wall Street Journal (WSJ).

Sehingga kini meskipun Saddam sudah mati dihukum gantung secara tergesa-gesa pada pagi Hari Raya Aidiladha akhir 2006, satu WMD pun tidak ditemui di bumi Iraq waima oleh militan pelampau IS yang jauh lebih agresif.

Mungkin malu dan cuba sorok kepalsuan itu, media AS menghasut rakyat Timur Tengah menggulingkan kerajaan sendiri konon diktator zalim dengan mempopularkan istilah kebangkitan Arab musim luruh atau Arab Spring.

Realitinya, semua agenda jahat tersebut dibuat bagi melindungi kepentingan Israel agar tiada negara Arab boleh menyerang negara Zionis itu dan pada masa sama bebas menindas jiran mereka, Palestin tanpa belas ihsan.

Jangan mimpi lihat media pro-Zionis menyiarkan kisah penderitaan rakyat Palestin ditindas Israel. – Gambar hiasan

Bukan luar biasa melihat akhbar AS ketika kemuncak konflik Israel-Palestin akan lebih membela rejim Zionis itu sebagai mangsa dan watak baik, manakala pejuang Palestin yang bersenjatakan batu dilabel sebagai orang jahat.

Perkara ini bukan baharu, malah sikap berat sebelah akhbar didalangi Zionis menyebabkan pembaca di Eropah marah dan beralih kepada Financial Times yang berpusat di London, Britain kerana lebih objektif tanpa ‘bias’.

Ironi, biarpun akhbar pro-Zionis ini pernah diharamkan di beberapa negara tertentu kerana menyiarkan berita berunsur fitnah, ia tetap tidak serik dan berselindung di sebalik propaganda mendukung hak kebebasan media.

Singapura misalnya pernah tiga kali saman WSJ kerana menerbitkan laporan palsu dan republik tersebut menang, tetapi akhbar berkenaan tetap mempertahankan artikel fitnah disiarkan itu daripada tunduk memohon maaf.

Bagi WSJ dan Zionis, tiada istilah memohon maaf dalam ‘kamus’ mereka kerana itu bermakna mengaku salah sekali gus dalam jangka masa panjang lebih teruk akan dicap sebagai kaki penipu oleh pembaca tegar mereka.

Akhbar pro-Zionis tetap menjadi pilihan umat Islam yang konon berfikiran liberal. – Gambar hiasan

Sejarah membuktikan WSJ sanggup rela disaman kerana ada sumber dana kukuh daripada laksawan taikun Zionis dan disokong NDI menerus kempen perang saraf berterusan bagi memastikan musuh mereka jatuh tersungkur.

Apa yang jelas, tokoh-tokoh bisnes Zionis sedia bersatu memperkasakan agenda jahat termasuk berlakon sebagai pejuang demokrasi walhal matlamat sebenar memusnahkan pihak kerajaan yang tidak sealiran dengan mereka.

Malangnya, inilah yang kurang disedari umat Islam dan jika ada mula sedar, ia sudah terlambat seperti apa berlaku di negara-negara Arab Spring, penduduknya baharu rasa diri mereka selama ini dieksploitasi Zionis.

Seperti ditegaskan tokoh ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, haram menggulingkan kerajaan Islam hanya kerana terpengaruh hasutan dakyah jahat Zionis menerusi rangkaian media antarabangsa dikuasai mereka.

Ia merujuk senario politik di Timur Tengah yang menyaksikan penduduk bangkit memberontak ke atas kerajaan padahal pemerintah itu yang selama ini berusaha melindungi hak ‘maqasid syariah’ rakyatnya. – Mynewshub.cc


America’s Book of Secrets – 03×07 – The… by tbone10001

Loading...

Terkini dari Hangat

Go to Top