Bukan Berita Online Biasa

filling-fuel

Harga Minyak Februari 2016, Semua Turun Harga

in Hangat/Slider

SETELAH mencatat penurunan pada bulan lepas, Februari 2016 menyaksikan harga bagi RON 95 diturunkan lagi sebanyak 10 sen menjadi RM1.75 sen seliter.

RON97 turut diturunkan harga 20 sen menjadi RM2.05 manakala diesel mencatat penurunan tertinggi 25 sen menjadikan harganya kini RM1.35 seliter.

Penentuan harga minyak RON95 dan Diesel di Malaysia diumumkan mengguna kaedah sistem apungan terkawal mulai 1 Disember 2014.

Di bawah, disertakan jadual harga minyak yang diumumkan di negara ini sejak sistem berkenaan diguna pakai bermula Januari 2015:


minyak

Kredit gambarajah jadual harga minyak: panduanmalaysia.com

Dapat dilihat, harga diesel pada Februari 2016 adalah yang termurah dicatat setakat ini manakala RON95 dan RON97 turut memecah rekod harga terendah di pasaran sejak Februari 2015.

Di sini terbuktilah janji ketika sistem kiraan baru harga minyak diumumkan di Malaysia iaitu, harga minyak bukan sahaja boleh naik tetapi juga menjunam mengikut pasaran dunia telah dikotakan kerajaan.

Semoga penurunan harga minyak ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan rakyat pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Hangat

Go to Top