GAMBAR: Padah Bagi Nombor Palsu Bila ‘Block’ Kereta Orang

in Hangat

HAIH…siapa yang tak bengang dan kecewa bila kereta kena block dengan kenderaan lain bukan?

Tambahan pula di saat kita tergesa-gesa hendak ke suatu tempat.

Tapi apa yang dilakukan pemilik kereta ini memang mencabar kesabaran insan lain. Sudahlah menghalang kenderaan orang, sanggup pulak beri nombor telefon palsu!

Kot iye pun, agak-agak la nak menipu terutama melibatkan situasi sebegini.

12798_10153921846799572_8762241443152801485_n (1)

Padahnya, pemandu kenderaan yang tidak dapat keluar kerana di-block bertindak memecahkan cermin kereta berkenaan untuk menurunkan brek tangan.

Selain cermin kereta yang sudah pecah, pemandu yang mementingkan diri parkir kenderaan sesuka hati ini turut dihadiahkan nota caci maki.

Memang sakit hati tu bila tengok ‘surprise’ yang diterima tapi mudah-mudahan ia jadi pengajaran supaya lebih bertanggung jawab pada masa akan datang… – MYNEWSHUB.CC

Video – Pemandu Mengamuk, Habis Dilanggar Kereta Lain 

Loading...