Bukan Berita Online Biasa

fb buttons

Tak Puas Hati Butang ‘Like’, FB Sedia ‘Love’, ‘Wow’, ‘Haha’….

in Gadjet/Gaya Hidup/Hangat/Slider/Utama & Sensasi

WASHINGTON DC – Anda mungkin berasa marah, geli hati, atau tersentuh dengan sesuatu yang anda lihat atau baca menerusi laman media sosial popular Facebook (FB)? Namun tidak tahu pula menyatakan perasaan itu?

Jangan bimbang kini, anda boleh meluahkan perasaan sedemikian di laman tersebut. Selain butang ‘like‘ atau tanda suka, pengguna juga boleh menekan lima lagi butang pilihan – ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad‘ atau ‘angry‘.

FB melancarkan ciri-ciri baharu itu kepada pengguna seluruh dunia mulai 24 Februari dan diperkenalkan untuk membolehkan pengguna meluahkan pelbagai emosi unik terhadap catatan, gambar atau video yang dimuat naik.


Namun, anehnya butang ‘dislike‘ (tidak suka) tiada pula diperkenalkan – sesuatu yang diminta para pengguna FB sejak bertahun-tahun lamanya, malah pernah dibuat tinjauan pendapat oleh pihak pengurusan laman itu sendiri.

Pihak pentadbiran FB menyatakan bahawa mereka buat masa ini tidak akan menyediakan butang ‘dislike’ untuk mengelakkan pengguna daripada meluahkan perasaan kebencian atau menyalahgunakannya bagi maksud jahat.

Saya sudah lama memikirkan cara betul untuk buat perkara ini dengan pasukan kami. Salah satu matlamat saya ialah untuk menjadikannya seringkas mungkin, seperti tekan butang ‘like‘,” kata pengasas FB, Mark Zuckerberg.

Catatan peribadi beliau itu mendapat ribuan ‘like’, ‘love’ dan reaksi lain. “Tidak semua detik kehidupan yang anda ingin kongsi adalah detik bahagia. Kadang kala anda mahu kongsi sesuatu yang sedih atau yang buat anda marah.

“Sudah bertahun-tahun para pengguna di seluruh dunia mahukan butang ‘dislike‘, tapi bukan kerana mereka mahu beritahu rakan-rakan bahawa mereka tidak suka apa yang dicatatkan menerusi akaun mereka.

“Orang ramai perlu meluahkan rasa empati dan mahu meluahkan lebih banyak emosi dengan selesa di Facebook,” ujar Zuckerberg lagi sebagai menjelaskan rasional ketiadaan butang ‘dislike’ yang mencetuskan kontroversi itu.

FB sejak beberapa lama menjalankan ujian tentang cara beri lebih banyak pilihan kepada pengguna selain butang ‘like’, setelah ramai mengadu bahawa butang itu ada kala tidak sesuai digunakan, terutama jika kejadian tragik.

Kami pertimbang saranan ramai dan tahu patut sedia lebih banyak cara untuk mudah serta pantas luah apa yang anda rasa kepada sesuatu yang dilihat di News Feed anda,” kata pengurus produk FB, Sammi Krug dalam blognya.

Oleh itu, hari ini kami mula melancarkan ciri ‘Reactions’, lanjutan daripada butang ‘like‘, untuk memberikan anda lebih banyak cara untuk mengongsi reaksi anda dengan cara yang mudah dan pantas,” kata beliau lagi.

Butang ‘like’ dengan imej tanda jempul masih kekal lagi di FB, namun disertakan dengan emotikon baharu. Kami faham ini satu perubahan besar, dan mahu melancarkannya setelah pertimbang dengan teliti,” kata Krug.

Selama lebih setahun, kami menjalankan kajian secara global, termasuk kumpulan-kumpulan fokus dan tinjauan awam untuk mengenal pasti jenis reaksi apakah yang pengguna universal mahu gunakan,” tambah wanita itu lagi.

Ciri reaksi diperluaskan itu sudah diuji di beberapa pasaran dunia dan kini dilancarkan secara global. Butang reaksi baharu itu didedahkan Oktober tahun lalu sebagai projek percubaan pengguna FB di Sepanyol dan Ireland.

Lima ciri baharu tersebut malah menjadi topik trend perbualan hangat menerusi FB dan lelaman media sosial lain, dengan para pengguna di seluruh dunia menggunakan hashtag #dislikebutton sebagai tanda sokongan mereka.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama samaran menulis komen: “Terima kasih @facebook atas ciri-ciri reaksi baharu ini, kecuali satu-satunya ciri yang saya mahukan sejak sekian lama iaitu #dislikebutton.”

Pengguna Diane Bjorling pula mengalu-alukan ciri itu: “Meskipun selama ini saya ingin butang ‘dislike’, selepas lihat bagaimana butang sedemikian boleh cetus konflik, saya gembira dengan butang-butang reaksi baharu ini.”

Pengguna FB, Greg Kreiger pula berkata butang ‘angry’ (marah) sudah cukup baginya: “Bagi mereka yang masih minta butang ‘dislike‘, tekan sahaja butang ‘angry.’ Ia lebih berkesan secara visual daripada butang ‘dislike’.”

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Facebook Cadang Mahu Wujud Butang Baharu ‘Dislike’

Juga: FB Sedang Membangunkan Butang Dislike Untuk Diuji

Terkini dari Gadjet

Go to Top