Bukan Berita Online Biasa

Video: Bukti Rakyat Malaysia Tak Suka Dengan Isu Perkauman

in Hangat

SEBUAH video viral ini berjaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia sekeras-kerasnya menentang dengan isu perkauman yang sering diungkit sejak kebelakangan ini.

Tiga orang lelaki yang berbangsa Melayu, Cina dan India ini telah menjalankan satu kajian sosial bagi membuktikan perkara tersebut.

Dengan sekeping papan yang tertulis “Saya Bangsa Malaysia. Malaysian First selepas itu bangsa mereka,” ketiga-tiga individu itu telah berdiri di tempat berasingan di sekitar kota Kuala Lumpur untuk melihat reaksi orang ramai.

vid

Dalam keadaan menutup mata mereka dengan sepasang kain, orang ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu perlu berikan mereka high-5 atau pun sebagai tanda keharmonian.

Hasilnya sangat membanggakan serta mengagumkan. Ini bukti rakyat Malaysia masih mahu bersatu dan tidak mahu bergolak sesama sendiri.

Memang bangga tengok masyarakat yang berbilang kaum di negara ini bersatu hati dan berdiri sama tinggi demi keamanan sejagat. – MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Terkini dari Hangat

Go to Top