Bukan Berita Online Biasa

VIDEO: Pelajar Kolej Gaduh Libas Guna Pisau Roti

in Hangat

VIDEO pergaduhan melibatkan remaja di sebuah institusi pengajian menggunakan pisau roti di khalayak ramai, menjadi viral selepas mangsa dikatakan cedera parah akibat kejadian tersebut.

jeslas45456e

Kejadian melibatkan remaja berusia 16 tahun itu berlaku di Institute of Technical Education (ITE) College West di Singapura.

Muhammad Zuhairie Adely Zulkifli didakwa hari ini kerana tindakannya melibas mangsa, Ahmad Nurthaqif Sahed sehingga cedera menggunakan pisau roti sepanjang 35 cm pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tindakan melibas lengan kiri mangsa hingga menyebabkan berlaku keretakan di siku itu dipercayai berpunca kerana seorang gadis.

Muhammad Zuhairie dibenarkan diikat jamin sebanyak  $15,000 tetapi penjamin mestilah ibu bapanya.

Namun jika dilepaskan melalui ikat jamin, Zuhairie masih dikenakan tindakan perintah berkurung dari 10 malam hingga 6 pagi.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan penjara selama 15 tahun serta denda dan sebatan.

Video yang dirakam oleh pelajar kolej yang lain itu telah tersebar luas di laman-laman sosial termasuk Youtube.

– MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Hangat

Go to Top