Bukan Berita Online Biasa

PENANG_PERKASA_LATIFAH-MOHD-NOOR-051214_TMIHASNOOR_01

Perkasa Pulau Pinang Hadapi Krisis, 30 Ahli Letak Jawatan

in Politik

Lebih 30 ahli yang memiliki jawatan dalam pertubuhan Perkasa Pulau Pinang meletak jawatan mereka ekoran bantahan terhadap kepimpinan pengerusi negeri.

Ketua Penerangannya, Norhalim Abdul berkata, Perkasa bahagian Permatang Pauh juga mahu pengerusinya, Fadzil Shuib agar melepaskan jawatan.

Krisis tersebut berlaku setelah penyingkiran Latifah Mohd Noor dari jawatan Ketua Perkasa Wiranita, awal minggu ini.

Memetik kenyataannya di portal The Malaysian Insider, “Kami ingin menyatakan pendirian kami yang kami hilang keyakinan terhadap pengerusi. Beliau memecat Latifah sebagai Ketua Wanita kami tanpa memberi penjelasan munasabah.

Dia tidak pernah diberitahu tentang itu sebelum penyingkirannya. Dia hanya mengetahuinya pada 1 Disember apabila dia nampak namanya tiada dalam senarai pemegang jawatan peringkat negeri.”


Tambahnya lagi, mereka akan mengambil inisiatif menghantar surat berkenaan hasrat tersebut kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada Isnin depan, bersama-sama dengan surat perletakan jawatan mereka.

fnali16e

Tolong jangan salah faham. Kami masih lagi ahli Perkasa.

Kami hanya meletakkan jawatan kami kerana tidak berpuas hati kami dengan Fadzil. Kami tidak setuju dengan tindakannya.”

Tambahnya, Fadzil perlu membuat penjelasan tentang kepimpinannya yang lemah dan bukan menuduh Latifah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua sayap wanita.

Namun, menurut Fadzil ketika dihubungi portal berkenaan, dia bertindak sedemikian kerana Latifah gagal menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ketua wanita.

Ujarnya lagi, tindakan tersebut diambil kerana tidak mahu membebankan Latifah, lantas memberi jawatan tersebut kepada individu lain dan melantik Latifah sebagai Ketua Bahagian Permatang Pauh. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=ANz7Yta_0O0

Terkini dari Politik

Go to Top