Bukan Berita Online Biasa

Aung San Suu Kyi - UN

Aung San Suu Kyi Tidak Sertai Perhimpunan PBB

in Politik/Terkini

YANGON – Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay di pusat pentadbiran kerajaan Myanmar di Naypyidaw. Namun tiada alasan dinyatakan ekoran pembatalan secara mengejut berkenaan.

Sebaliknya, Suu Kyi – yang dikritik masyarakat antarabangsa dalam isu penindasan pelarian etnik Rohingya, hanya akan diwakili oleh Naib Presiden Myanmar, U Henry Van Thio, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Untuk rekod, penerima anugerah berprestij Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 itu pertama kali menghadiri dan menyampaikan ucapan di UNGA ke-71 ialah pada September 2016. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top