Bukan Berita Online Biasa

DAP Bantah Malaysia Sertai Latihan Tentera 20 Negara Islam

in Politik

KUALA LUMPUR – DAP selaku parti yang mendominasi Pakatan Harapan membantah keras Malaysia menyertai latihan peperangan dengan pasukan tentera dari 20 negara Islam di utara Arab Saudi.

Ahli Parlimen DAP Segambat, Lim Lip Eng berkata, penglibatan Malaysia dalam langkah ketenteraan yang terbesar sejak perang dunia kedua itu membazir dan wajar diperjelaskan kepada pembayar cukai negara ini.

“Jelaskan motif dan tujuan penglibatan negara dalam konflik di rantau asing dan siapakah musuh-musuh yang mahu ditentang dalam operasi ketenteraan yang bakal berlangsung itu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media asing baru-baru ini melaporkan pasukan tentera dari 20 negara Islam berkumpul di utara Arab Saudi dalam persiapan untuk menyertai satu latihan besar-besaran bersama ketenteraan, yang pertama pernah diadakan di rantau ini.

Latihan yang dipanggil ‘Thunder of the North’ itu melibatkan pasukan tentera darat, udara dan laut, dan sekali gus memberi mesej jelas bahawa Riyadh dan sekutunya ‘bersatu dalam menghadapi semua cabaran dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau’.

Agensi berita SPA tidak menjelaskan bila latihan ketenteraan itu akan bermula atau berapa lama tempoh latihan berkenaan diadakan.

Lip Eng berkata, peperangan yang dianggotai Malaysia akan mengundang kesan dan ancaman dari luar terhadap keselamatan orang awam dalam negara.

Beliau mempersoalkan sama ada anggota tentera Malaysia perlu terlibat dengan perjuangan negara-negara Islam terbabit.

“Adakah negara akan terlibat dalam peperangan setelah menubuhkan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) yang diasaskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri,” katanya bagi memuji Tun Mahathir. – mynewshub.cc

Loading...
Tags:

Terkini dari Politik

Go to Top