Bukan Berita Online Biasa

Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

Irmohizam Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

in Politik

MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai kerajaan yang diperakukan kenaikan pangkat dan penempatan perlu melepasi Tapisan Keutuhan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa syarat yang ditetapkan JPA.

Selaku ahli Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR) SPRM, saya menghargai kesungguhan JPA dan ketegasan Ketua Setiausaha Negara.

Mereka mahu memastikan semua syarat yang ditetapkan dipenuhi termasuk mengemukakan permohonan Tapisan Keutuhan kepada pihak SPRM setiap kali urusan kenaikan pangkat pegawai awam dilaksanakan.

Kita sedia maklum bahawa telah wujud satu sistem dan prosedur yang baik dalam memastikan setiap pegawai kanan yang terlibat melalui proses Tapisan Keutuhan SPRM.

Memandangkan bilangan pegawai kanan perkhidmatan awam yang ditahan dan disyaki terlibat dalam Rasuah agak merisaukan dan membimbangkan adalah disyorkan agar proses ini disemak semula.

Kemungkinan ada kekurangan yang perlu diatasi agar proses Tapisan Keutuhan dijalankan dengan lebih efektif dan menyeluruh. Proses ini perlu diperketatkan lagi.

Tapisan keutuhan bagi pengambilan kakitangan awam yang baru juga perlu lebih teliti bagi memperlihatkan tahap integriti dalam kalangan penjawat awam.

Pada masa yang sama proses perisytiharan harta juga perlu dibaiki dan diketatkan serta ditambah baik dgn maklumat-maklumat tambahan seperti pendapatan kaum kekuarga yang lain.

Senario kebelakangan ini memperlihatkan seakan-akan menunjukkan pihak JPA dan SPRM tidak memperoleh maklumat secukupnya dalam memastikan proses Tapisan Keutuhan dan pematuhan prosedur perisytiharan harta adalah efektif.

Saya juga ingin mensyorkan supaya keanggotaan lembaga kenaikan pangkat perkhidmatan awam dikaji dan disusun semula dengan disertai hakim-hakim, ahli akademik, ahli-ahli parlimen atau tokoh-tokoh berwibawa negara.

Ini penting sekiranya wujud proses Tapisan Keutuhan dan isytihar kurang berkesan.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR) SPRM
merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top