Bukan Berita Online Biasa

PRU-14: Calon MCA Di Kerusi Parlimen Gelang Patah

MCA N.Sembilan Senarai 60% Calon Muda Pada PRU14

in Politik/Terkini

SEREMBAN – MCA Negeri Sembilan menyenaraikan kira-kira 60 peratus calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Lim Chin Fui berkata senarai itu, yang menggabungkan muka baharu dan lama telah pun diserahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, tiga bulan lepas untuk dibuat penilaian sebagai persediaan awal menghadapi PRU14.

“Saya dimaklumkan bahawa senarai tersebut telah pun dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk keputusan akhir dan kami akan menunggu.

“Bagaimanapun, kami mempunyai ramai calon yang layak untuk disenaraikan bertanding kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) di mana kami diperuntukkan dua kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN k PRU14,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pasar Besar Seremban di sini hari ini.

Pada PRU13, MCA Negeri Sembilan kalah kesemua kerusi yang ditandinginya masing-masing dua Parlimen dan 10 DUN.

Lim berkata dua kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada MCA ialah Seremban dan Rasah manakala kerusi DUN ialah Rahang, Mambau dalam kawasan Parlimen Rasah, Lukut dan Chuah (Teluk Kemang), Chennah (Jelebu), Repah (Tampin), Bahau (Jempol), Lobak, Temiang dan Nilai (Seremban).

“MCA telah bersiap sedia dengan beberapa strategi untuk memenangi kembali kerusi-kerusi yang sebelum ini jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13. MCA tidak akan pernah berputus asa dan pelbagai cara dan langkah terbaik sedang dilakukan oleh MCA demi memastikan kesejahteraan rakyat dalam usaha memenangi kepercayaan mereka.

“Selain itu, MCA juga kini lebih aktif dalam memainkan peranan menyebarkan maklumat benar dan menjawab isu serta menyelesaikan permasalahan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada terdapat pertukaran kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada PRU14, beliauberkata perkara sedemikian tidak pernah dibincangkan.

“Tiada ada apa-apa perubahan,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top